BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Rumusan Bab 14
Pengurusan alam pembelajaran di sekolah amat berkait rapat dengan guru. Objektif pengajaran guru di sekolah terbahagi kepada dua bentuk iaitu, objektif implisit dan juga objektif eksplisit. Objektif implisit melibatkan kepada perubahan suatu tingkah laku seperti memahami, mengetahui, dan menghargai. Manakala, objektif eksplisit lebih kepada menjelaskan serta memberi contoh terhadap apa yang telah diajarkan. Walaubagaimanapun, elemen P&P seperti objektif pengajaran, strategi pengajaran, bahan bantu pengajar dan maklum balas pelajar perlu diambil kira dan perlu diberi perhatian oleh setiap guru di sekolah. Di samping itu, Program Perantis Guru diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyesuaikan diri dengan situasi sekolah serta memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru.


























Comments
Post a Comment