BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Rumusan Bab 11
Secara kesimpulannya, budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Tujuan pendidikan pelbagai budaya ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pemahaman, pengetahuan tentang budaya yang berlainan di sekolah. Maka, untuk mewujudkan persefahaman tentang berlainan budaya ini Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.
Comments
Post a Comment